Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

Dato’ MB, pimpinan negeri meriahkan Rumah Terbuka Hijrah Selangor

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 12 JULAI : Kemeriahan Aidilfitri diteruskan menerusi penganjuran Rumah Terbuka Hijrah Selangor yang diadakan cukup meriah dengaan kehadiran tetamu dari seluruh negeri.

Majlis diadakan di perkarangan ibu pejabat Hijrah Selangor itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan barisan pimpinan Exco Kerajaan Negeri.

Antara yang hadir, Exco Dr Daroyah Alwi, Amiruddin Shari, Dato’ Teng Chang Khim dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei.

Hadir sama, Pengerusi Hijrah Selangor, Dato’ Mansor Othman; Ketua Pengurus Operasi Hijrah Selangor, Roslim Md Akhir dan Timbalan Ketua Pengerusi Operasi Hijrah Selangor, Normaiza Yahya.

MB HIJRAH1Bercakap kepada SelangorKini, Mansor Othman berkata, kemeriahan Rumah Terbuka Hijrah Selangor kali ini turut menampilkan beberapa pengusaha perniaga luar sebagai inisiatif mempromosikan produk makanan mereka.

“Ini bagi membuka peluang kepada pengusaha ini memperkenalkan produk makanan mereka yang sudah berjaya di pasaran luar.

“Namun, jemputan ini diadakan sebagai pelan perancangan jangka panjang antara pengusaha tempatan dan Hijrah Selangor untuk melangkah setapak lagi ke hadapan melaksanakan pembaharuan untuk manfaat bersama,” katanya.

Terdahulu, Hijrah Selangor adalah program Mikrokredit Bersepadu di bawah gagasan Dato’ Menteri Besar dengan mengabungkan SKIM SEL, MIMBAR dan WALA yang dilaksanakan sejak 2008.

Program di bawah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) itu merupakan Projek Penyelidikan Tindakan (Action Research Project) yang memberi tumpuan bagi meningkatkan pendapatan ekonomi golongan pertengahan.

=EZY=


Pengarang :