Gergasi Merah ikat Kedah 1-1 di Darul Aman | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Mohd Ezli Mashut

Gergasi Merah ikat Kedah 1-1 di Darul Aman

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

ALOR SETAR 15 JULAI: Pasukan bola sepak Selangor berjaya mencuri satu mata penting di gelanggang lawan apabila terikat 1-1 dengan Kedah di Stadium Darul Aman pada perlawanan Liga Super.

Skuad Gergasi Merah sedikit tempang dalam kunjungan ke utara ekoran ketiadaan tiga tonggak utama, Razman Roslan, Adam Nor Azlin dan pemain import sensasi,  Andik Vermansyah ekoran penggantungan perlawanan.


Red Giants berjaya membuka jaringan awal pada minit ke-23 menerusi Veenod apabila bijak memanfaatkan hantaran Halim Zainal.

Kedah berjaya menyamakan kedudukan menjadi 1-1 pada minit ke-30 menerusi Ken Ilso apabila mengambil peluang memanfaatkan hantaran Ilso yang berpunca dari sepakan sudut Baddrol.

Kedudukan 1-1 kekal sehingga ke penghujung perlawanan.

Selangor bakal bertemu JDT di Stadium Selayang pada 18 Julai ini.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next