PUTRAJAYA 14 APRIL 2016. Temuramah khas bersama Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Mustafar Ali di Putrajaya. NSTP/FARIZ ISWADI ISMAIL.
NASIONAL

I-Kad bakal diwarta pengenalan diri pelajar asing

PUTRAJAYA, 18 JULAI: Jabatan Imigresen kini dalam proses mewartakan i-kad sebagai pengenalan diri pelajar asing yang sah di institusi pendidikan tinggi berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, menerusi pewartaan ini, i-kad pelajar asing boleh digunakan sebagai pengenalan diri selaras Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Katanya ia bagi membolehkan i-kad berperanan sebagai pengganti kepada pengenalan diri menggunakan pasport.

“Penggunaan i-kad sebagai pengenalan diri pelajar asing tetapi bukan ganti pengenalan diri yang mutlak kepada pasport,” katanya dalam kenyataan, lapor BERNAMA.

Mustafar berkata, Jabatan Imigresen sedang memuktamadkan format i-kad untuk dimasukkan sebagai sebahagian kepada draf Peraturan-Peraturan Imigresen (Pindaan 2017) melalui Bahagian Hal-Ehwal Imigresen KDN.

Katanya, i-kad format baharu itu akan dilengkapkan dengan cip biometrik versi baharu dan nombor pengenalan diri kekal supaya diiktiraf semua agensi penguatkuasaan.

“i-kad untuk pelajar asing ini akan diperkenalkan dengan format baharu dan ciri keselamatan yang dipertingkatkan bagi mengelakkan pemalsuan serta salah guna,” katanya.


Pengarang :