SELANGOR

Insentif khas hujung tahun satu motivasi

OLEH NAZLI IBRAHIM

HULU LANGAT, 11 JUL: Kakitangan Perkhidmatam Awam Kerajaan Negeri digesa bersungguh-sungguh meningkatkan prestasi kerja masing-masing seperti mana harapan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Pegawai Daerah Hulu Langat, Dato’ Zulkefli Khalid, berkata, prestasi kakitangan dan jabatan akan dinilaikan dalam tempoh enam bulan terakhir ini.

“Bagi anggota perkhidmatan awam negeri di daerah ini, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada penghargaan Kerajaan Negeri kerana bermurah hati memberikan bantuan khas dua bulan gaji sempena aidilfitri ini.

Himpunan-Bulanan-Penjawat-Awam-host-MBSA-MB-Azmin-Bonus-ASRI-3“Dato’ Menteri Besar juga mengumumkan Kerajaan Negeri bercadang membayar satu lagi insentif yang belum pernah dilakukan sebelum ini pada hujung tahun tertakluk kepada prestasi jabatan, kerja pegawai dan kakitangan awam,” katanya.

Zulkefli berkata demikian pada Majlis Perasmian Dewan Utama Demesne dan Sambutan Hari Raya Pejabat Daerah Hulu Langat, hari ini.

Jelasnya, pemberian itu menunjukkan keprihatinan dan penghargaan besar Kerajaan Negeri kepada kakitangan awam Selangor.

Katanya pada majlis yang turut dihadiri Mohamed Azmin itu, kakitangan awam negeri harus bersyukur nikmat sebagai penjawat awam di negeri termaju ini.

https://selangorkini.my/2017/06/penjawat-awam-terima-dua-bulan-insentif-aidilfitri/


Pengarang :