Kerjasama utuh dan kekuatan baru hadapi PRU-14 | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Norhayati Umor

Kerjasama utuh dan kekuatan baru hadapi PRU-14

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 16 JULAI: Gabungan tenaga dan pemikir baru dan lama mampu membawa perubahan positif dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, hal itu kerana setiap pimpinan mempunyai kekuatan dan keistimewaan masing-masing.


Katanya, ia sekaligus membawa kerjasama utuh dan kekuatan baru pada PRU 14.

“Saya gembira dengan struktur organisasi yang baru ini walaupun musuh politik kita menyerang seolah-oleh kita tidak mempunyai persefahaman.

“Bagaimanapun struktur Pakatan Harapan yang baru ini merupakan pimpinan jelas dan merupakan pimpinan jelas lebih fokus untuk menghadapi PRU,” katanya kepada pemberita.

WhatsApp Image 2017-07-14 at 7.49.40 AMMohamed Azmin berkata struktur organisasi itu mengambil tindakan inklusif dan membabitkan semua kepimpinan baru dan lama.

Katanya, peranan Tun Dr Mahathir Mohamad juga dilihat selaras dengan agenda reformasi yang dibawa oleh barisan alternatif.

“Walaupun sebelum ini saya ditohmah seolah-olah saya anak angkat Tun Mahathir dan berDNAkan UMNO, namun saya melihat ia terima dalam Pakatan Harapan,” katanya.

Jumaat lalu, Pakatan Harapan menampilkan logo dan struktur organisasi kepimpinan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai ketua umum gabungan pembangkang itu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai pengerusi, manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dinamakan sebagai presiden.

Manakala, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; dan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu sebagai timbalan presiden.

Jawatan naib presiden disandang oleh Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Chong Chieng Jen dan Salahuddin Ayub.

Sementara itu, jawatan ketua setiausaha disandang Datuk Saifuddin Abdullah dan bendahari diisi M. Kula Segaran.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next