NASIONAL

Kes keracunan makanan naik mendadak 51.6%

PUTRAJAYA 8 JULAI: Orang ramai disaran peka dengan keselamatan makanan sama ada disediakan untuk tetamu atau yang dimakan pada majlis Aidilfitri sepanjang Syawal ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pada Syawal tahun lalu, terdapat peningkatan kes keracunan makanan mendadak sebanyak 51.6 peratus berbanding bulan biasa.

“Spabila menyediakan juadah rumah terbuka, perlu dipastikan amalan pengendalian makanan bersih dan sanitari sentiasa diamalkan, manakala bagi tetamu pula perlu mengamalkan kaedah “lihat, hidu dan rasa” sebelum menjamah makanan.

“Selain itu, sentiasa amalkan kebersihan diri seperti membasuh tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, sebelum makan dan selepas ke tandas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Noor Hisham berharap, kejadian keracunan makanan dapat dielakkan melalui amalan kesihatan, kebersihan, dan keselamatan makanan sebelum menikmati juadah.

=EZY=


Pengarang :