Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

Kita menang, SPR gagal kemuka laporan persempadanan  

OLEH ERMIZI MUHAMAD
KUALA LUMPUR, 5 JULAI : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan injuksi untuk tidak membenarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengemukakan laporan persempadanan baru proses pilihan raya.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Tuan Azizul Azmi Adnan selepas mengambil kira permohonan injuksi dibuat Kerajaan Selangor, sebelum ini.

Mahkamah menetapkan, SPR tidak mempunyai kuasa untuk meneruskan proses persempadan di bawah Seksyen 8 Jadual ke 13 sehingga semua prosiding perundangan di peringkat negeri selesai.

CP2A0248-1280x853

Ia sekali gus menyukarkan Kerajaan Persekutuan menerima sebarang laporan berhubung proses persempadanan semula di peringkat Nasional, menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.

Mengulas ketetapan itu, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan itu membuktikan hak rakyat Malaysia kekal dipertahankan.

“Ini kejayaan besar rakyat Selangor kerana Kerajaan Negeri mempertahankan hak mereka dan rakyat Malaysia kerana SPR tidak boleh mengemukakan sebarang laporan sehingga proses di Selangor ini selesai.

“Kerajaan Negeri mengambil tindakan untuk melindungi hak seluruh rakyat dalam konteks menjaga kepentingan mereka sebagai pengundi,” katanya.

CP2A0335-1280x853

Mohamed Azmin berkata demikian kepada pemberita di perkarangan mahkamah, di sini, petang ini.

Terdahulu, Kerajaan Selangor memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran mencabar cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan negeri di Selangor oleh SPR.

Permohonan dibuat mendapatkan perisytiharan bahawa notis disiarkan tidak mempunyai butiran terperinci iaitu pemilih biasa, pihak berkuasa tempatan atau Kerajaan Negeri tidak boleh melaksanakan hak mereka untuk membuat representasi.

Permohonan difailkan selepas SPR didapati bertindak dengan tidak mengikut Perlembagaan, tidak wajar dan tidak rasional berlandaskan Perkara 113 (2) Perlembagaan Persekutuan.


Pengarang :