Masjid Al-Aqsa ditutup zionis, dunia gesa dibuka semula | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Mohd Ezli Mashut

Masjid Al-Aqsa ditutup zionis, dunia gesa dibuka semula

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

GLOBAL 15 JULAI: Kezaliman penutupan Masjid Al-Aqsa dilakukan rejim zionis menerima kritikan dan kecaman daripada masyarakat dunia dan negara Islam dalam tindakan seumpamanya sejak 1969.

Media antarabangsa melaporkan Turki, Jordan dan Kesatuan Ulama Sedunia, Bahrain dan Mesir antara menyatakan kecaman terhadap tindakan rejim zionis sambil menggesa Masjid Al-Aqsa dibuka semula tanpa sebarang sekatan dan gangguan tentera serta polis Zionis.


Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi berkata rejim zionis tidak gentar untuk menyekat Solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa kerana menyedari pemerintah di negara Islam sibuk menyerang rakyatnya sendiri atau saudara mereka.

Dr Yusof Al-Qaradawi menyatakan pendirian sinis itu kepada negara Islam melalui Twitternya reaksi kepada penutupan Masjid Al-Aqsa oleh rejim zionis.

DErt0hRWsAALGsDMufti Turki, Mehmet Gormez turut mengecam tindakan rejim zionis itu sambil menegaskan tiada alasan munasabah untuk menutup Masjid Al-Aqsa bagi umat Islam melaksanakan Solat Jumaat dan ibadah.

Kenyataan itu juga disambut Kementerian Luar Turki yang mengeluarkan kenyataan kesal dengan tindakan penutupan Masjid Al-Aqsa.

Dalam pada itu, Jordan menggesa rejim zionis membuka semula segera Masjid Aqsa ditutup tentera rejim Zionis.

Jordan adalah penjaga masjid berkenaan di timur Baitulmaqdis dan berulang kali mengutuk apa dikatakan pelanggaran peraturan di lokasi suci ketiga Islam itu.

“Israel perlu membuka semula Al-Aqsa dan Haram al-Sharif dengan segera, ” jurucakap kerajaan, Mohamed Momani, yang juga Menteri Penerangan.

Al-AqsaPihak Al-Azhar Mesir dalam kenyatan turut mengecam tindakan rejim zionis tentang penangkapan Mufti Baitul Maqdis, Sheikh Mohammed Hussein dan penutupan Masjid Al Aqsa bagi jemaah serta melarang mereka melaksanakan Solat Jumat.

Al-Azhar mendesak semua badan dan kuasa antarabangsa untuk menanggung tanggungjawab mereka terhadap rakyat Palestin dan tempat-tempat suci, dan memaksa Israel untuk membuka semula masjid, kata kenyataan itu.

Ekoran penutupan Masjid Al-Aqsa semalam, umat Islam terpaksa mengadakan solat di jalanan dan tiada Solat Jumaat dilaksanakan di Masjid Al-Aqsa.

Masyarakat Netizen dunia turut meluahkan kekesalan dan kecaman terhadap rejim zionis.

19989566_2001683523207391_5111854018700844219_nDilaporkan rejim zionis bercadang menutup Masjid Al-Aqsa sehingga sekurangnya pada Ahad namun tiada tarikh diberikan untuk pembukaan semula.

Pasukan keselamatan Israel turut menahan mufti terkenal Baitulmaqdis, ketika orang ramai berkumpul di Kota Lama susulan serangan ke atas kawasan suci itu yang mengorbankan dua anggota polis.

Jihad anak lelaki kepada Mufti Besar Baitulmaqdis, Muhammad Ahmad Hussein, berkata bapanya sebelum itu berkumpul di Kota Lama bersama yang lain dan membantah penutupan masjid Al-Aqsa sebagai tempat ibadat selepas serangan.

Media melaporkan insiden itu berlaku selepas tiga penduduk Arab Israel melepaskan tembakan ke arah polis Zionis, mengorbankan dua anggota sebelum melarikan diri ke kawasan suci sensitif itu sebelum ditembak mati.

20031777_2002451369797273_1041708767069562685_n

 

AL-Aqsa

 

DErt1hrW0AAmrkq

 

DErt1hwXkAEkYnP

 

DEslJKJXYAAPJ5F

 

DEsWUxtXUAQYgwj

GAMBAR: SHEHAB NEWS AGENSY/ SUMBER BERITA

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next