MB: Berjimat pastikan kelangsungan bekalan air terawat | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Norhayati Umor

MB: Berjimat pastikan kelangsungan bekalan air terawat

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 16 JULAI: Kerajaan Negeri komited meneruskan rancangan penjimatan air ekoran pertumbuhan pesat ekonomi dan pertambahan bilangan penduduk di negeri itu.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pelbagai langkah dirangka secara berterusan dengan mengambil kira Rancangan Struktur Selangor 2035 yang menjangkakan jumlah penduduk dijangkakan meningkat kepada sembilan juta penduduk.


Katanya, perubahan iklim dan cuaca kering akan memberi ancaman kepada tekanan air rantau ini menjelang 14 tahun lagi.

“Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu turut menjangkakan dunia akan mengalami kekurangan bekalan air sebanyak 40 peratus menjelang 14 tahun lagi.

“Manakala pada hujung 2016, margin purata bekalan air terawat di Selangor pada paras 4.34 peratus.

MB Jimat Air1“Bagaimanapun, jumlah permintaan semakin meningkat pada tahun ini menyebabkan purata itu menurun kepada 3.54 peratus,” katanya di Majlis Pelancaran Program Jimat Air di Pangsapuri Pelangi Court, di sini.

Sehubungan itu, Mohamed Azmin mengingatkan penduduk supaya berjimat cermat bagi memastikan kelangsungan bekalan air terawat.

Katanya, hal itu kerana ketika ini, kadar penggunaan air terawat di Selangor tertinggi di rantau Asean iaitu pada 250 liter sehari per kapita.

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan penggunaan air terawat pada kadar 165 liter sehari per kapita.

“Kajian kita juga menunjukkan 30 peratus daripada bekalan terawat digunakan untuk makan dan minum sementara 70 peratus digunakan untuk mencuci kereta, pakaian, siraman tanaman dan kolam renang,” katanya.

Air Selangor tubuh unit khas konservasi pupuk kesedaran jimat air

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next