MB: Jaminan bekalan air mampan, cukup keperluan pelabur | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Norhayati Umor

MB: Jaminan bekalan air mampan, cukup keperluan pelabur

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 16 JULAI: Kerajaan Negeri memberi jaminan bekalan air di negeri itu terus mampan dan mencukupi bagi semua keperluan termasuk industri.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, jaminan terbabit diberikan kepada sebuah syarikat gergasi dari Jepun bakal membawa pelaburan sebanyak RM1.2 bilion.


“Dalam perbincangan bersama syarikat itu, mereka mahu Kerajaan Negeri memastikan bekalan air mencukupi supaya keperluan industri tidak terganggu.

“Sudah tentu kita memberi jaminan dan komitmen tidak berbelah bagi sekaligus membuktikan Kerajaan Negeri berkhidmat dengan jujur supaya pelabur terus yakin,” katanya di Majlis Pelancaran Program Jimat Air, di Pangsapuri Pelangi Court, di sini.

Jimat AirMohamed Azmin berkata pihaknya akan berbincang dengan pihak Invest Selangor dan Air Selangor bagi memastikan perkara itu dilaksanakan.

Terdahulu, Mohamed Azmin memaklumkan Kerajaan Negeri kini giat menjalinkan perbincangan bersama Jepun bagi mengukuhkan lagi hubungan perdagangan serantau membabitkan negara matahari terbit itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Azman Mahmud berkata, pada tahun lalu, Jepun merupakan pelabur keempat terbesar negara meliputi pelbagai bidang antaranya sektor pembuatan melibatkan 53 projek dengan nilai pelaburan RM1.9 bilion.

Beliau berkata, pelaburan berkenaan dijangka mewujudkan kira-kira 4,390 peluang pekerjaan kepada rakyat pada masa akan datang bagi sektor tersebut.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next