MB: Jepun tak pilih Pekan & Bagan Dato’, pilih Selangor destinasi pelaburan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Ermizi Muhamad

MB: Jepun tak pilih Pekan & Bagan Dato’, pilih Selangor destinasi pelaburan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

HULU LANGAT, 15 JULAI: Kestabilan politik dan perkembangan positif ekonomi negeri mendorong pelabur asing kekal memilih Selangor sebagai destinasi pelaburan terbaik rantau ini.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Kerajaan Negeri giat menjalinkan perbincangan bersama Jepun bagi mengukuhkan lagi hubungan perdagangan serantau membabitkan negara matahari terbit itu.


“Hasil pentadbiran baik dan kukuh, pelabur asing terus menjadikan Selangor sebagai destinasi pelaburan mereka. Hal ini dibuktikan apabila Duta Besar Jepun bertemu dengan saya dan membawa pelabur besar dari Jepun.

“Hasil pertemuan itu, kita sedang menguruskan beberapa perkara selepas negara itu meletakkan keyakinan tinggi untuk membuat pelaburan di Selangor.

“Kita dimaklumkan, pelaburan yang akan dibawa dalam tempoh terdekat ini berjumlah RM1.2 bilion dan akan diletakkan di satu daerah di Selangor,” katanya.

selangor_majuBagaimanapun Mohamed Azmin berkata, pengumuman daerah berkenaan akan dibuat pada tempoh tertentu selepas mengambil kira ketetapan perbincangan rangka kerja hubungan dua hala itu dimuktamadkan.

“Jepun tidak pilih Pekan, Pahang. Mereka tidak pilih Bagan Dato’ di Perak dan bukan juga di Johor. Tetapi Selangor menjadi destinasi pelaburan mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Aidilfitri peringkat Parlimen Hulu Langat, pagi ini.

Sebelum ini, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) terus menggalakkan hubungan perniagaan dan usahasama pelaburan dengan negara-negara luar.

nagoya-jepunAgensi itu turut mendedahkan Jepun terus kekal sebagai sumber utama Malaysia bagi pelaburan langsung asing dalam sektor pembuatan sejak 1980.

Bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini, MIDA meluluskan 36 projek pembuatan dari Jepun dengan pelaburan sebanyak RM1.05 bilion dan ia dijangka mewujudkan tambahan 1,280 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Pada 2015, sejumlah 2,602 projek pembuatan dengan penyertaan syarikat Jepun dilaksanakan dengan pelaburan sebanyak RM85.0 bilion dan menjana 342,837 peluang pekerjaan.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next