MB: Selangor sentiasa dukung usaha pentadbiran telus & berintegriti | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Norhayati Umor

MB: Selangor sentiasa dukung usaha pentadbiran telus & berintegriti

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 16 JULAI: Kerajaan Negeri sentiasa mendukung usaha yang dilaksanakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan pentadbiran telus dan berintegriti.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, hal itu dilihat menerusi setiap minggu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang mewajibkan menandatangani ikrar sebelum pembentangan.


Katanya, setiap Exco dan pihak berkaitan akan menandatangani ikrar bahawa tidak terbabit atau tidak mempunyai kepentingan dalam mana-mana kertas yang akan dibentangkan pada hari itu.

SPRM“MMKN ini diadakan setiap hari Rabu. Hal ini juga membabitkan mesyuarat ahli lembaga Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

“Mereka diwajibkan menandatangi ikrar bertulis,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan SPRM yang kesal dengan keengganan Pulau Pinang menandatangani ikrar bebas rasuah (IBR).

“Kita sudah laksanakan dan kita berikrar akan mendukung usaha yang dilaksanakan SPRM,” katanya.

Rabu lalu, kerajaan Pulau Pinang menyifatkan prinsip Cekap, Amanah dan Telus (CAT) yang dilaksanakan di negeri itu sejak 2008 lebih berkesan dalam usaha membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa berbanding menandatangani IBR.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next