MBI rai pelajar cemerlang Kolej Hafiz | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Syazwani Sufian

MBI rai pelajar cemerlang Kolej Hafiz

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 17 JULAI: Seramai 76 pelajar cemerlang dari Kolej Hafiz, Klang menerima bantuan pendidikan berjumlah RM38,000 daripada Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) di sini, semalam.

Ketua Pegawai Operasi MBI, Soffan Affendi Aminudin berkata, sumbangan itu bagi mengangkat sektor pendidikan ke tahap lebih tinggi memandangkan ia adalah sahsiah dan masa depan sesebuah negara.


“Pendidikan adalah aspek yang sangat dititik beratkan seperti yang kita lakukan sebelum ini antaranya Skim Peduli Siswa kepada pelajar timur tengah termasuk sumbangan kepada sekolah tahfiz.

“Maka, usaha ini diteruskan dengan pemberian sumbangan RM500 kepada setiap pelajar pelajar cemerlang untuk meneruskan pembelajaran,” katanya kepada SelangorKini selepas Majlis Konvokesyen Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat di Dewan Raja Muda Musa, di sini.

Pada masa sama, Soffan berkata, sumbangan itu akan diteruskan pada masa akan datang bagi meraikan pelajar cemerlang di negeri berkenaan.

“Dua tahun kebelakangan ini MBI sibuk mengatur langkah menjana pendapatan Kerajaan Negeri dan syukur kita dapat menzahirkan segala hasil terus kepada rakyat.

“Bantuan ini akan diteruskan pada masa hadapan kerana kita tahu pendidikan antara sektor terpenting,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Tadbir Kolej Hafiz Klang, Muhammad Haneefa Hussin mengucapkan terima kasih kepada MBI kerana menyalurkan sagu hati kepada pelajar cemerlang di kolej berkenaan.

“Mudah-mudahan bantuan ini akan berterusan pada masa akan datang untuk mendorong semangat pelajar supaya terus berusaha menghafaz Al-Quran,” katanya

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next