Selangorkini
SELANGOR

MBI sumbang RM20,000 kepada 100 asnaf

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 31 JULAI: Sejumlah RM20,000 disumbangkan Pemerbadanan Menteri Besar (Menteri Besar Incorporated-MBI) kepada 100 asnaf sempena Majlis Mesra Rakyat Hulu Selangor, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Operasi (COO), Soffan Affendi Aminudin berkata, ia merupakan usaha berterusan MBI membantu golongan memerlukan dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Ini juga merupakan sebahagian tanggungjawab sosial korporat MBI dalam menyantuni golongan asnaf yang amat memerlukan sokongan.

2017-07-30-PHOTO-00000027“Ia selaras agenda Kerajaan Negeri untuk memberi manfaat hasil negeri kepada seluruh rakyat, tanpa ada sebarang keciciran,” katanya kepada Selangor Kini.

Sumbangan disampaikan Penyelaras Parlimen Hulu Selangor, Khalid Jaafar dengan diiringi wakil MBI iaitu Ketua Korporat, Pejabat COO MBI, Ahmad Ashraf Asnan.

Selain penyampaian sumbangan, turut diadakan pendaftaran untuk Program Peduli Sihat bagi Parlimen Hulu Selangor.


Pengarang :