Memperingati 15 Julai 2016: Kemenangan rakyat Turki mempertahankan demokrasi | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Memperingati 15 Julai 2016: Kemenangan rakyat Turki mempertahankan demokrasi

OLEH: Ahmad Azam Ab Rahman

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) merakamkan setinggi tahniah kepada rakyat Turki sempena setahun memperingati Percubaan Kudeta terhadap Kerajaan pimpinan Presiden Recep Tayyib Erdoğan yang dipilih rakyat melalui pilihanraya.

Rakyat Turki telah mempertaruhkan darah dan nyawa demi mempertahankan sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi.


Seramai 250 jiwa terkorban dan 2200 lagi mengalami kecederaan akibat serangan pihak tentera yang menganggotai Gerakan Fethullah Gulen yang dilabel sekarang sebagai Fethullah Gulen Terrorist Organization ( FETO).

Percubaan Kudeta berdarah 15 Julai ini merupakan antara beberapa siri pengkhianatan dalaman dengan sokongan Barat untuk menjatuhkan Kerajaan AKParti pimpinan Recep Tayyib Erdoğan sejak 2002.

13686633_10209530946611283_6225190377470614612_nAntaranya Demonstrasi Anti Kerajaan, yang terkenal sebagai Gezi Park, 28 Mei 2013, Tuduhan Rasuah terancang oleh Institusi Kehakiman pada 17 Disember 2013. Kudeta 15 Julai 2016, adalah usaha yang mutakhir dan paling terancang serta paling berdarah.

Walaupun AKParti telah memilih jalan demokrasi untuk meraih tampuk kekuasaan, namun Kuasa Barat tidak menyenanginya kerana Erdoğan melaksanakan dasar kehendak rakyat iaitu Turki kembali bebas menentukan haluannya,iaitu kembali kepada kekuatan Islam sekaligus meninggalkan Model Barat yang dianuti Pemerintah Turki sebelum ini.

Erdoğan telah berjaya membuktikan bahawa Islam dan Demokrasi sangat selari dan ‘compatible’ serta bukan suatu masalah untuk dilaksanakan dalam pemerintahan bernegara.

Model Turki mulai menarik perhatian khususnya dunia Islam di Timur Tengah yang umumnya masih menganut sistem beraja yang feudalistik dan sistem pemerintahan tentera yang otokratik.

Justeru itu bukanlah suatu yang menghairankan ketika berlaku Kudeta, negara Barat membisu dan negara Arab menikus. Sedangkan sepatutnya, negara Barat yang mendabik dada sebagai juara demokrasi menjadi pembela Kerajaan Turki yang sah dipilih oleh rakyat.

TURKINamun apa yang berlaku, adalah sebaliknya. Negara Barat membuat kenyataan yang hambar tanpa sebarang komitmen mempertahankan Turki.

Dunia Islam umumnya terus membisu kecuali beberapa negara yang berani menyatakan sikap tegas menyokong Turki.

Apa yang dilalui Turki dibawah kepemimpinan Erdoğan ialah cabaran untuk membebaskan diri dari cengkaman Barat terhadapnya sejak kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924.

Misi pembebasan ini pastinya terpaksa melalui pelbagai cabaran. Namun demikian, sejak berlakunya Percubaan Kudeta 15 Julai 2016, bila rakyat sanggup berkorban jiwa dan raga kerana misi besar ini, maka rasanya Turki sudah muncul sebagai pemimpin dan pembela dunia Islam untuk misi pembebasan dari hegemoni Barat.

Musuh Turki selain kuasa Barat, ialah negara-negara Islam yang masih rela menjadi abdi dan budak suruhan Barat untuk kekal berkuasa dan membutakan mata terhadap perubahan dunia yang sedang berlaku.

WADAH sekali lagi ingin menegaskan akan sokongan terhadap rakyat dan negara Turki dalam usaha Misi Pembebasan ini dan berdoa agar Rahmah dan Barakah terus dilimpahi ALlah kepada Presiden Recep Tayyib Erdoğan.

 

* Ahmad Azam Ab Rahman adalah Presiden, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next