Selangorkini
KENYATAAN MEDIA

Najib perlu berani debat bersama Tun M

Kecaman DS Najib Razak pagi tadi di program Invest KL 2017 terhadap pimpinan Pakatan Harapan cukup memalukan dan membuktikan betapa terdesaknya beliau untuk mencemar nama baik Pakatan Harapan.

Pada ketika Pakatan Harapan semakin kukuh dan kuat dari hari ke hari dan semakin bersiap sedia untuk berhadapan dengan UMNO-BN di PRU14 nanti, pentadbiran DS Najib terus terpalit dengan krisis dan skandal kewangan seperti 1MDB.

Kenyataan DS Najib hari ini menunjukkan betapa takutnya beliau sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU14, maka para kleptokrat dan perompak wang rakyat akan dibawa ke muka pengadilan.

Saya ingin mencadangkan agar DS Najib tidak memperlekeh kekuatan dan iltizam Pakatan Harapan dalam membina Malaysia yang lebih baik, dan sebaliknya beliau perlu mengumumkan bahawa beliau bersedia menerima kehendak rakyat dan memastikan peralihan kuasa yang baik sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU14 nanti.

Saya just menggesa DS Najib untuk memberanikan diri dan berdebat dengan mentor lama beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk menyangkal segala dakwaan yang telah dilempar terhadap DS Najib dan pentadbiran beliau.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Presiden Pakatan Harapan
Kenyataan Media
25 Julai 2017


Pengarang :