Pelaburan Jepun wujud peluang kerja anak Selangor | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Ermizi Muhamad

Pelaburan Jepun wujud peluang kerja anak Selangor

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PASIR GUDANG, 17 JULAI: Kerjasama pelaburan serantau antara Jepun dan Selangor bakal mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri itu, kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, warga tempatan perlu memanfaatkan peluang berkenaan bagi menjana lebihan pendapatan dan perolehan ekonomi setempat.


“Pelaburan bernilai RM1.2 bilion dari Jepun yang menggunakan teknologi terkini memerlukan tenaga kerja mahir bagi mengisi keperluan itu.

“Perkembangan ini sekali gus memberi peluang kerja sangat tinggi kepada anak Selangor yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam sektor berkaitan,” katanya kepada SelangorKini, pada Majlis Aidilfitri KEADILAN Johor, Taman Mawar, semalam.

Sebelum ini, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengesahkan perkembangan pelaburan serantau, khususnya dari Jepun bakal mewujudkan 1,280 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

AZMINAgensi itu turut mendedahkan, Jepun kekal sebagai sumber utama negara bagi sektor pelaburan langsung asing sejak 1980.

Terdahulu, Mohamed Azmin mengumumkan kerjasama Selangor dan Jepun itu bakal dimeterai pada Ogos ini selepas proses perbincangan akhir dimuktamadkan.

Optimis momentum cemerlang itu dapat dijayakan, Mohamed Azmin berkata, perkembangan positif itu didorong hasil pentadbiran telus Kerajaan Negeri.

“Faktor kestabilan dan integriti pentadbiran Selangor inilah yang mendorong Jepun bersetuju meletakkan nilai pelaburan RM1.2 juta.

“Jumlah ini tentunya bukan sedikit, ia membabitkan berbilion ringgit Malaysia dan kejayaan ini pastinya berpunca daripada amalan integriti dizahirkan pentadbiran Kerajaan Negeri,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next