Rakyat Bagan Datoh tunggu Zahid dedah skandal 1MDB | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Ermizi Muhamad

Rakyat Bagan Datoh tunggu Zahid dedah skandal 1MDB

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PASIR GUDANG, 17 JULAI: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disifatkan terlalu bercita-cita tinggi apabila berhasrat menempatkan calon Umno yang dianggap ‘nakhoda’ bagi mencabar penyandang kerusi Parlimen Gombak, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Bercakap kepada SelangorKini, Mohamed Azmin menyarankan Timbalan Perdana Menteri itu memberi tumpuan terhadap isu nasional membabitkan skandal kewangan terbesar, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


“Saya cadang supaya Zahid tumpu terhadap skandal ini sebelum bercita-cita untuk (menempatkan) ‘nakhoda’ di Gombak.

“Rakyat Malaysia khususnya warga Bagan Datoh sedang menunggu ketegasan Zahid selaku Timbalan Perdana Menteri memberi pencerahan terhadap skandal ini,” katanya.

Bagan Datoh adalah kawasan Parlimen ditandingi Zahid, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu dengan kemenangan majoriti 2,108 undi.

Sebelumnya, Mohamed Azmin diminta mengulas kenyataan Zahid berhubung langkah Umno merampas kerusi Parlimen Gombak dengan menempatkan ‘nakhoda’, pada PRU akan datang.

MalaysiaKini melaporkan, Zahid turut mengancam untuk memecat Ketua dan Timbalan Umno Bahagian Gombak jika ‘angan-angan manis’ itu gagal direalisasikan.

Lebih mengejutkan, Naib Presiden Umno itu turut bersedia menawarkan dana ‘seberapa banyak dimahukan’ kepada Umno bahagian terbabit bagi merampas kerusi berkenaan.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next