Red Giants unggul benam T-Team 4-2 | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Mohd Ezli Mashut

Red Giants unggul benam T-Team 4-2

OLEH MOHD EZLI MASHUT

SELAYANG 1 JULAI: Pasukan bola sepak Selangor, Red Giants unggul dengan prestasi cemerlang tersendiri apabila menang bergaya membenam cabaran T-Team 4-2 di Stadium Selayang.

Gol pertama Red Giants diperolehi menerusi Syahmi Safari yang melepaskan sepakan deras daripada sebelah kanan pada minit ke-53.


REDBerselang dua minit kemudian jaringan kedua Selangor diperolehi pada minit ke-55 menerusi Francis Forkey Doe yang menanduk masuk gol.

T-Team memperoleh gol pertama menerusi Dilshod Sharofetdinov hasil kelam kabut di depan pintu gol pada minit ke-72.

Pada minit ke-82 pemain import baru Selangor, Rufino Segovia menanduk masuk gol ketiga selepas hantaran Andik Vermanshah.

ShahmiSyahmi Safari menunjukkan prestasi terbaik tersendiri dengan menyumbang gol kedua peribadinya pada minit ke-85 menjadikan kedudukan 4 – 1.

T-Team memperolehi gol keduanya menerusi sepakan penalti pada minit ke- 88 yang dijaringkan Yannick N’Djeng.

Keputusan penuh Red Giants berjaya menundukkan T-Team 4-2. Selangor kini berada di tangga kelima Liga Super mengumpul 20 mata daripada lima kemenangan dan lima seri daripada 14 perlawanan.

Pada 4 Julai (Selasa) ini, Selangor dijadualkan bertemu Terengganu di Stadium Selayang dalam perlawanan TM Piala Malaysia.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next