Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 17 JULAI: Ringgit pulih semula untuk dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan kelemahan dolar AS.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan itu berada pada paras 4.2860/2900 berbanding dolar AS daripada paras penutup Jumaat lalu, pada 4.2910/2940.

Peniaga berkata, ringgit kini 1.8 peratus di bawah paras pergerakan purata dalam tempoh 200 hari dan berada dalam aliran meningkat.


“Turun naik yang tidak menentu adalah sangat rendah apabila dibandingkan dengan purata turun naik tidak menentu dalam tempoh 10 sesi lalu.

“Ada kemungkinan berlaku peningkatan dalam pergerakan tidak menentu sejajar dengan turun naik mendadak dalam tempoh terdekat,” katanya.

Ringgit didagangkan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.1289/1337 dari 3.1210/1243, pada Jumaat dan menyusut berbanding yen kepada 3.8064/8110 dari 3.7886/7926.

Ringgit lemah berbanding pound kepada 5.6138/6195 dari 5.5624/5667 dan menyusut berbanding euro kepada 4.9126/9189 dari 4.8977/9016, pada Jumaat lalu.

*Sumber: BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next