Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

Rizab Selangor diunjur mampu cecah RM5 bilion pada 2019

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 19 JULAI: Rizab Kerajaan Selangor diunjur mampu mencecah RM5 bilion sebelum menjelang 2020, kata bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakob.

Beliau turut mengunjurkan rizab Kerajaan Negeri boleh mencapai RM4.7 bilion pada pada 2018 berdasarkan prestasi dan keupayaan pentadbirannya.

“Pada atau sebelum 2020 rizab Selangor mampu cecah RM5 bilion di mana RM4.5 bilion akan dapat dicapai tahun ini, RM4.7 bilion dicapai pada 2018 dan ada satu tahun lagi untuk membina ekonomi dan menambah rizab.

“Kebarangkaliannya tinggi rizab Selangor boleh mencecah RM5 bilion pada 2020. Malah mungkin tercapai lebih awal, boleh jadi 2019,” katanya ketika dihubungi SelangorKini di sini, hari ini.

Selangor-maju-1Jelasnya, pengurusan kewangan efisien merupakan faktor utama menyebabkan kemampuan Kerajaan Negeri menambah rizabnya.

Katanya, tata kelola kewangan baik dan amalan sistem tender terbuka bagi setiap projeknya membolehkan Kerajaan Negeri memperolehi harga terbaik dan mengelakkan berlaku isu terlebih harga atau terlebih bayar.

Katanya lagi, Selangor juga mencatatkan pertumbuhan hasil paling pesat berbanding negeri lain ekoran pertumbuhan pembangunan menggalakkan dalam pelbagai sektor seperti perindustrian, infrastruktur dan lain-lain.

“Pembangunan pesat menjadikan Selangor satu daripada dua negeri yang mempunyai industri yang pesat walaupun Selangor tidak mempunyai sumber hasil bumi yang kaya seperti Sarawak, Sabah dan beberapa negeri lain,” katanya.

=EZY=


Pengarang :