Rumah Selangorku: Perbaharui pendaftaran setiap dua tahun | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Lizawati Madfa

Rumah Selangorku: Perbaharui pendaftaran setiap dua tahun

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 26 JULAI: Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) menetapkan setiap pemohon Rumah Selangorku perlu mendaftar semula setiap dua tahun.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, saranan itu bagi membolehkan LPHS mengenal pasti dan menentukan sama ada pemohon masih berminat untuk memiliki Rumah Selangorku.


“Ia juga bagi membolehkan Kerajaan Negeri mengambil maklum sama ada pemohon sudah memiliki rumah lain atau masih layak membeli rumah,” katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, semalam.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungib berhubung program rumah mampu milik.

Iskandar berkata, rekod LPHS mendapati terdapat 145,712 pemohon mendaftar untuk Rumah Kos Rendah dan Rumah Selangorku.

Katanya, selepas pembersihan data dibuat, jumlah rekod LPHS bagaimanapun mencatatkan 36,428 pemohon sahaja.

“Pada masa sama, Kerajaan Negeri juga sudah mengenal pasti keperluan perumahan, pada masa akan datang.

“Kajian berkenaan dilaksanakan Universiti Malaya (UM), pada 2011,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next