Selangorkini
NASIONAL

Tiga kilang buat barangan plastik terbakar

JURU 8 JULAI: Tiga bangunan di kilang membuat barangan plastik di Taman Pelangi, Juru, musnah dalam kebakaran jam 10.30 pagi ini.

Kejadian berpunca daripada salah sebuah bangunan sebelum merebak ke bangunan lain, lapor HARIAN METRO.

Difahamkan api marak dengan cepat dan asap tebal dapat dilihat dari bahagian pulau.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Pulau Pinang berkata, pihaknya sedang bertungkus lumus memadamkan kebakaran.

“Lebih 30 pegawai dan anggota serta tujuh jentera bomba dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya.

GAMBAR: FB Kasthuri Patto

=EZY=


Pengarang :