Ziyad Zolkefli pecah rekod dunia lontar peluru F20 | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Ziyad Zolkefli pecah rekod dunia lontar peluru F20

KUALA LUMPUR 16 JULAI: Atlet para Malaysia, Muhamad Ziyad Zolkefli memecah satu lagi rekod dunia dalam acara lontar peluru lelaki F20 pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London pada Sabtu.

Pada acara yang berlangsung di Stadium London, Queen Elizabeth Olympic Park, Muhammad Ziyad melakukan lontaran 17.29 meter (m), memperbaharui rekod dunia miliknya yang dilakukan pada temasya Sukan Paralimpik di Rio tahun lepas iaitu 16.48m.

Pingat perak diraih oleh atlet dari Ecuador, Stalin David Mosquera dengan jarak 16.61m manakala pemenang pingat emas Paralimpik 2012 Tod Hodgetts dari Australia membawa pulang gangsa dengan lontaran 15.94m.


muhammad_ziyad_1109“Saya bangun pagi ini (Sabtu) dan berfikir mungkin saya dapat memecahkan rekod dunia.

“Saya selalu impikan untuk melakukannya dan malam ini saya berjaya. Rekod dunia, juara Paralimpik dan kini juara dunia – ia sangat bagus.

“Saya benar-benar tertekan apabila melihat jarak lontaran yang dibuat atlet Australia tetapi saya tahu ia tidak begitu jauh. Saya tahu ia salah.

“Saya sangat beremosi tetapi jurulatih menenangkan saya. Ini mengganggu saya tetapi sekarang saya sangat gembira memenangi acara ini,” kata Muhamad Ziyad seperti dipetik dalam laman web rasmi Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC).

DE0WFyXVoAA7E0u

SUMBER: BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next