Selangorkini
GLOBAL NASIONAL

10 hilang kapal perang AS bertembung di Selat Melaka

SINGAPURA, 21 OGOS: Sekurang-kurangnnya sepuluh pelayar dilaporkan hilang selepas kapal pemusnah Amerika Syarikat (AS) bertembung dengan kapal dagang di perairan timur Singapura dan Selat Melaka, hari ini.

Tentera Laut AS dalam kenyataan berkata, lima yang lain turut dilaporkan cedera dengan pemusnah peluru berpandu USS John S. McCain itu mengalami kerosakan di bahagian belakang susulan perlanggaran dengan MC Alnic.

Katanya, ia adalah perlanggaran kedua membabitkan kapal dari Armada 7 Tentera Laut di Pasifik dalam tempoh dua bulan.

Sebelum ini, tujuh pelaut meninggal dunia pada Jun lalu apabila USS Fitzgerald dan kapal kontena melanggar antara satu sama lain di perairan Jepun.

Sementara itu, Ketua Angkatan Laut Malaysia, Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin menerusi Twitter memaklumkan dua kapal dan pesawat dari angkatan laut serta udara sudah digerakkan untuk membantu mencari pelayar AS yang hilang.


Pengarang :