150 tan sisa tumpahan minyak dikumpul | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

150 tan sisa tumpahan minyak dikumpul

HONG KONG, 12 OGOS: Sekurang-kurangnya 150 tan tumpahan minyak berjaya dikumpulkan pihak berkuasa Hong Kong sekaligus membolehkan pembuka semula sebahagian daripada 13 pantai yang sebelum ini ditutup ekoran kejadian itu sejak Ahad lalu.

Menurut kerajaan, kira-kira 300 kakitangan dikerah menangani masalah sisa minyak itu manakala sejumlah besar sukarelawan turut membantu menyodok sisa tersebut ke dalam beg plastik disediakan.

Setiausaha Alam Sekitar, Tse Chin-wan berkata, situasi sejak kelmarin lebih stabil dan beberapa pantai ditutup mungkin dibuka semula terutamanya pada hujung minggu ini.


Jabatan Pertanian, Perikanan dan Pemuliharaan Hong Kong (AFCD) turut mengawasi kesan tumpahan minyak terhadap industri perikanan dan taman laut.

Minggu lalu, insiden pelanggaran dua kapal di muara Sungai Mutiara menyebabkan gumpalan putih minyak sawit di dalam air dan tersebar di pantai. – Reuters

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next