Watak Caron akhirnya tampil selepas pemergian Lengkuas | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Nazli Ibrahim

Watak Caron akhirnya tampil selepas pemergian Lengkuas

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 12 OGOS: Berita kematian kartunis terkenal, Zainuddin Saleh, 53, atau lebih popular dengan nama penanya, Lengkuas semalam mengejutkan netizen apabila berita menyedihkan itu menerima lebih 52,000 reaksi dan 5,265 perkongsian di akaun laman sosial facebook Siakap Keli.

Berita sama juga dikongsikan bekas bosnya semasa bertugas sebagai kartunis di majalah Ujang, Ibrahim Ujang Anon turut menerima ribuan reaksi netizen.


Antara yang paling menarik perhatian netizen adalah coretan pemilik akaun Caron How Choy Sim yang wataknya diadaptasi sebagai Caron iaitu seorang wanita berbangsa Cina Caron yang sama-sama bertugas di sebuah firma guaman.

CARON“Din… semoga kamu berehat dengan aman. Ketiadaan kamu watak saya Caron dalam Mat Despatch tidak lagi wujud. Pada saat ini saya terkenang kembali ketika kita sama-sama bekerja di firma guaman itu,” tulis Caron.

Tulisan Caron itu mengejutkan nitizen dan menyebabkan beliau dihujani pelbagai pertanyaan yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai watak-watak lain dalam komik Mat Despatch.

“Watak itu benar-benar wujud dalam kehidupan. Saya betul-betul kagum. Al-fatiha ‘bro’ Lengkuas,” tulis Zack Zack.

“Selepas hampir 20 tahun, Baru aku tahu Caron itu wujud. Takziah serta al-fatihah buat Lengkuas. Mat despatch dalam kenangan,” tulis Ariez HanaFee.

“Wow akhirnya kita bertemu dengan Caron sebenar. Hai ‘sis’,” tulis Lady Jezz pula dan Abdul Qayyum pula menulis “Serius? Selepas lebih kurang 20 tahun barulah saya tahu hal ini.”

Ujang memberitahu, pada eranya, beliau selalu menggalakkan kartunis yang bertugas di bawahnya supaya menggunakan watak yang mereka kenali dengan dekat bagi membolehkan mereka menghayati watak sebenar.

Terdahulu, media melaporkan Zainuddin meninggal dunia di Hospital Selayang dipercayai akibat kompilasi darah tinggi dan buah pinggang.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next