Agihan kerusi Pakatan, ikut muafakat komponen – Azmin | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Ermizi Muhamad

Agihan kerusi Pakatan, ikut muafakat komponen – Azmin

OLEH ERMIZI MUHAMAD

BATU CAVES, 12 OGOS : Perbincangan pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) diputuskan menerusi perbincangan secara muafakat dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Pengarah Pilihanraya Pakatan Harapan, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perbincangan dijalankan membabitkan rundingan komponen semua parti bagi membolehkan Pakatan berjaya menawan Putrajaya pada PRU depan.


“Ini proses berterusan, perlu rasa adanya permuafakatan Pembangkang untuk melihat kemenangan dapat dicapai pada pilihanraya akan datang.

“Strategi perlu diatur melihat kemenangan itu dan telah saya nyatakan bahawa rundingan ini terus berjalan dan akan dilaporkan kepada semua pihak untuk mencapai objektif (kejayaan) itu,” katanya.

Beliau diminta mengulas berhubung lantikan Majlis Presiden Pakatan Harapan yang meletakkan Mohamed Azmin selaku Naib Presiden dan bertanggungjawab berkait aspek pilihanraya.

Pakatan Harapan dalam sidang medianya Khamis lalu mengumumkan pelantikan Timbalan Presiden KEADILAN itu dibuat bagi mengukuhkan lagi jawatankuasa pilihan raya yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Gabungan itu turut menamakan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraidah Kamaruddin sebagai Ketua Wanita Pakatan Harapan.

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan, penstrukturan baru tu dibuat bagi mengisi kekosongan dalam struktur kepimpinan semasa.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next