Selangorkini
PELANCONGAN

AirAsia tawar diskaun sempena 50 tahun ASEAN

SHAH ALAM 6 OGOS: Sempena ulang tahun ASEAN ke-50 AirAsia menawarkan tambang rendah untuk ke semua destinasi di seluruh rangkaian serantaunya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, selama 50 tahun, ASEAN memberi inspirasi kepada seluruh penduduknya dengan mesej perpaduan.

“Sebagai warga ASEAN, kami mahu menghargainya dan berharap tambang rendah ini turut memberi dorongan kepada penduduk ASEAN untuk meneroka lagi rantau ini,” katanya dalam kenyataan.

Terokai bahagian ASEAN atau destinasi berhampiran seperti dari Kuala Lumpur ke Langkawi, Johor Bahru, Pulau Pinang, Medan, Kalibo, Sihanoukville, Phnom Penh dan banyak lagi daripada RM50.

Tempahan boleh dibuat melalui laman web di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia mulai 7 hingga 13 Ogos, 2017 untuk penerbangan antara 7 Ogos, 2017 dan 8 Februari, 2018 ke mana-mana destinasi di Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Kemboja, Myanmar, Laos dan Vietnam.

AirAsia turut menawarkan Pas AirAsia ASEAN yang membolehkan penumpang menikmati penerbangan dalam rantau itu pada kadar tetap dengan tempoh sah penerbangan sehingga 60 hari.

=EZY=


Pengarang :