Selangorkini
ALAM SEKITAR & CUACA

Amaran Cuaca Buruk: Ribut petir, hujan lebat & angin kencang

Dikeluarkan pada : 08:52am pada 08 Ogos 2017

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Selangor (Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Petaling, Klang, Kuala Langat dan Sepang), WP Putrajaya,

N. Sembilan (Daerah Rembau, Seremban dan Port Dickson), Melaka, Johor (Daerah Tangkak , Muar, Batu Pahat dan Pontian),

Sabah : Bahagian Kudat (Daerah Pitas) dan Sandakan (Daerah Beluran); dan
Sarawak : Bahagian Miri (Daerah Miri), Kapit (Daerah Song), Bintulu, Mukah, Sibu, Sarikei, Betong, Sri Aman, Samarahan, Serian dan Kuching (Daerah Kuching dan Bau) dijangka berterusan sehingga awal petang, Selasa 8 Ogos 2017.

 

CUACA 8 OGOS

 

AMARAN RIBUT PETIR (KAWASAN PERAIRAN)
Dikeluarkan pada pukul 05:37AM, 08 Ogos 2017

SEKSYEN A: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA
AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Ribut petir di perairan Perak, Selangor, Sarawak (Mukah, Bintulu & Miri) dan Sabah (Kudat & Sandakan) dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Selasa, 8 Ogos 2017.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

 

SEKSYEN B: UNTUK PERKAPALAN
AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Ribut petir di perairan Selat Melaka, Reef North, Reef South, Sulu dan Sulawesi dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Selasa, 8 Ogos 2017.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
SUMBER: MET MALAYSIA


Pengarang :