Selangorkini
ALAM SEKITAR & CUACA

Amaran Cuaca Buruk: Ribut petir, hujan lebat & angin kencang

 

Dikeluarkan pada : 01:25pm pada 09 Ogos 2017

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Kedah (Daerah Langkawi, Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), P. Pinang, Perak (Daerah Bagan Datoh dan Hilir Perak),

Selangor (Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat),

WP Kuala Lumpur, N. Sembilan (Daerah Jelebu) dan Pahang (Daerah Bentong) dijangka berterusan sehingga lewat petang, Rabu 9 Ogos 2017.

CUACA 9 OGOS

AMARAN RIBUT PETIR (KAWASAN PERAIRAN)

Dikeluarkan pada pukul 12:01PM, 09 Ogos 2017

SEKSYEN A: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA

AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Ribut petir di Perlis, Kedah dan P.Pinang dijangka berterusan sehingga awal petang, Rabu, 9 Ogos 2017.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

SEKSYEN B: UNTUK PERKAPALAN
AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Ribut petir di perairan Selat Melaka Utara, Condore, Bunguran, Reef North, Sulu dan Sulawesi dijangka berterusan sehingga lewat petang, Rabu, 9 Ogos 2017.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

SUMBER: MET MALAYSIA


Pengarang :