Selangorkini
ALAM SEKITAR & CUACA

Amaran Cuaca Buruk: Ribut petir, hujan lebat & angin kencang

Dikeluarkan pada : 10:06am pada 30 Ogos 2017

Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di negeri Kedah (Daerah Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu),

P. Pinang, Perak (Daerah Kerian dan Larut,Matang & Selama),

Selangor (Daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor) dan

Sarawak : Bahagian Miri (Daerah Miri), Bintulu, Mukah, Sibu (Daerah Sibu), Sarikei, Betong, Samarahan, Serian dan Kuching dijangka berterusan sehingga awal petang, Rabu 30 Ogos 2017.

Cuaca buruk 30 OGOS

 

AMARAN RIBUT PETIR (KAWASAN PERAIRAN)
Dikeluarkan pada pukul 12:19PM, 30 Ogos 2017

SEKSYEN A: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA – KEMASKINI
AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Ribut petir di perairan Sarawak (Kuching, Rejang & Mukah), WP Labuan dan Sabah (Pedalaman) dijangka berterusan sehingga lewat petang, Rabu, 30 Ogos 2017.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

SEKSYEN B: UNTUK PERKAPALAN – KEMASKINI
AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Ribut petir di perairan Condore, Reef North, Reef South, Kuching dan Labuan dijangka berterusan sehingga lewat petang, Rabu, 30 Ogos 2017.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

SUMBER: MET MALAYSIA


Pengarang :