ARMADA: Serangan sistematik, perusuh memang berniat cederakan Tun M | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Nazli Ibrahim

ARMADA: Serangan sistematik, perusuh memang berniat cederakan Tun M

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 13 OGOS: Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) percaya kumpulan perusuh hadir pada program Nothing To Hide 2.0 (NTH 2.0) petang tadi memang berniat khusus mencederakan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua ARMADA, Syed Saddiq Syed Abd Rahman berkata, hal itu dibuktikan apabila perusuh terbabit membaling objek merbahaya ke arah pentas ketika Mahathir sedang menjawab soalan hadirin.


“Sabotaj ini dibuat secara sistematik, mereka memang menujukan objek yang dibaling seperti botol, kasut, kerusi dan suar ke arah Tun Dr Mahathir tapi mujur tidak kena dan petugas keselamatan kita berjaya melindungi Tun Mahathir.

IMG_20170813_192211-1024x683“Tindakan mereka membawa dua batang suar juga bukti mereka memang merancang untuk sabotaj program ini sejak awal lagi dan bukan rancangan secara tiba-tiba,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program NTH 2.0 di Dewan Raja Muda Musa di sini, petang tadi.

Jelasnya, siasatan awal pihak polis mendapati perusuh memakai baju berwarna merah berlogo PPBM.

Bagaimanapun katanya, baju yang dipakai perusuh itu bukan dikeluarkan oleh PPBM apabila terdapat beberapa perbezaan ketara dengan baju yang dikeluarkan PPBM.

“Setakat ini sudah ada yang ditahan dan dalam siasatan polis di mana semasa mereka melarikan diri mereka membuka baju yang dipakai,” katanya lagi.

CP2A1631-1024x682Syed Saddiq memberitahu, beliau dimaklumkan beberapa orang mengalami cedera ringan akibat terkena kerusi yang dibaling perusuh.

Salah seorang adalah seorang lelaki Cina yang dibaling kerusi ketika sedang cuba menyelamatkan lelaki tua Melayu yang terjatuh dalam suasana kelam kabut.

Terdahulu, sebelum kekecohan berlaku, Mahathir kelihatan tenang menjawab setiap soalan yang diajukan audien termasuklah beberapa soalan panas.

Bagaimanapun, program yang bermula kira-kira jam 4.00 petang itu bertukar menjadi kecoh apabila kumpulan perusuh memulakan serangan mereka ke arah Mahathir.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next