Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

Atlet Selangor cemerlang, bantu negara capai 111 emas

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 29 OGOS: Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan kepada atlet negara khsusunya Selangor yang beraksi cemerlang dalam Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 hingga berjaya mencapai sasaran kutipan 111 pingat emas.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kecemerlangan negara dalam temasya sukan itu menyaksikan seramai 142 atlet Selangor menyumbang 74 pingat menerusi 41 acara sukan dipertandingkan.

“Antaranya ialah 31 pingat emas, 23 pingat perak dan 20 pingat gangsa, sekali gus membolehkan kontinjen Malaysia mencapai sasaran 111 pingat emas dalam Sukan SEA kali ini.

sukan sea“Pencapaian gemilang atlet Selangor adalah hasil program pembangunan sukan Kerajaan Negeri berteraskan konsep 2I iaitu ‘Incorporate’ dan ‘Integrate’ bagi mencungkil bakat baharu bermula dari peringkat persekolahan lagi.

“Pencapaian atlet Selangor memberi keyakinan kepada Kerajaan Negeri bagi meningkatkan lagi sumber dan tenaga untuk meneruskan program pembangunan sukan berkonsepkan 2I demi melahirkan atlet berprestasi tinggi,” katanya.

Beliau berkata, dalam setiap pertandingan pasti ada menang dan kalah namun yang penting adalah semangat kesukanan juga ketabahan dalam menghadapi cabaran ditempuhi.

“Syabas kepada atlet negara khasnya Selangor yang menunjukkan kesungguhan dan komitmen tinggi dalam setiap acara dipertandingkan dalam Sukan SEA 2017,” katanya.


Pengarang :