Azmin, Mat Sabu dan Zuraida kukuh agenda PAKATAN | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Afix Redzuan

Azmin, Mat Sabu dan Zuraida kukuh agenda PAKATAN

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 11 OGOS: Majlis Presiden Pakatan Harapan, semalam bersetuju mengumumkan pelantikan tiga pemimpin untuk tiga jawatan berbeza bagi memperkukuh pergerakan gabungan.

Perkara itu diumumkan Presiden Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi satu kenyataan.


Naib Presiden Pakatan Harapan, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya bagi memperkukuhkan Jawatankuasa Pilihan Raya dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Mohamad Sabu dilantik selaku Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Mobilisasi, manakala Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin sebagai Ketua Angkatan Wanita Pakatan Harapan.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next