Belanja RM26 juta demi kebajikan rakyat | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Ermizi Muhamad

Belanja RM26 juta demi kebajikan rakyat

OLEH ERMIZI MUHAMAD

BATU CAVES, 12 OGOS: Bantuan kewangan RM26 juta sudah dibelanjakan Kerajaan Negeri menerusi komitmen tanggungjawab sosial Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) kepada masyarakat di negeri itu.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, inisiatif itu dilaksanakan di bawah program berkebajikan dan pembangunan sosial melibatkan kepentingan rakyat seluruh negeri.


Katanya, Perangsang Selangor sebagai syarikat milik Kerajaan Negeri berpegang kepada prinsip untuk tidak memikirkan untung sahaja, sebaliknya mengagihkan keuntungan dengan memberi dividen kepada rakyat.

“Dalam tempoh enam tahun, Perangsang sudah membelanjakan RM26 juta sebagai sokongan bagi melaksanakan tanggungjawab sosial kepada rakyat dalam bentuk inisiatif pembangunan kebajikan Selangor.

IMG_9598“Inilah prinsip berkebajikan dipegang pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor kerana tiada maknanya kita mengurus sebuah syarikat kalau hanya fikir keutungan sahaja,” katanya.

Untuk rekod, Perangsang Selangor berperanan sebagai syarikat milik Kerajaan Negeri yang bertangunggjawab mempromosikan inisiatif 38 program IPR.

Komitmen berkenaan dilaksanakan di peringkat akar umbi menerusi penganjuran karnival dan program turun padang bagi memberi pendedahan kepada rakyat berhubung pelaksanaannya di peringkat negeri.

Terdahulu, Mohamed Azmin hadir pada Majlis Perasmian Karnival Inisiatif Peduli Rakyat di Padang Awam Kampung Baru Batu Caves, Gombak di sini, pagi ini.

Hadir sama, Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari dan Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Perangsang, Sivarasa Rasiah.

Sementara itu, Sivarasa dalam ucapannya berkata, Kumpulan Perangsang terus konsisten melaksanakan tanggungjawab sosial dengan menumpukan aspek kebajikan rakyat.

Beliau berkata komitmen itu dijayakan secara berkesan menerusi pengiktirafan syarikat berkenaan di peringkat antarabangsa.

“Ia termasuklah pengiktirafan di Asia Responsible Entrepreneurship Awards yang mengiktiraf badan korporat yang memperjuangkan usaha tanggungjawab sosial dalam menjaga kebajikan sosial masyarakat setempat,” katanya.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next