Beli tiket awal elak kecewa disaat akhir | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Beli tiket awal elak kecewa disaat akhir

SHAH ALAM, 12 OGOS: Orang ramai yang ingin menyaksikan perlawanan sukan secara langsung pada Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur dinasihatkan untuk membeli tiket lebih awal bagi mengelakkan kekecewaan di saat akhir.

Jawatankuasa Penganjur Sukan Sea Malaysia (Masoc) berkata, ini disebabkan penjualan tiket berjalan dengan pantas yang menyaksikan sesetengah tiket telah habis dijual sejak ia dilancarkan pada 4 Julai lalu.

“Setakat ini, tiket bagi beberapa acara sukan iaitu bola jaring, bola keranjang, pencak silat, taekwondo, renang dan acara akhir bagi futsal dan lumba basikal (trek) telah habis dijual.


“Dalam pada itu penjualan tiket untuk acara seperti karate, badminton, gimnastik, ragbi, bola sepak serta upacara pembukaan pada 19 Ogos berjalan dengan pantas,” katanya dalam kenyataan.

TIKET SUKAN SEA KLMasoc berkata, keputusan menjual tiket bagi menyaksikan acara sukan tertentu adalah disebabkan beberapa faktor seperti kapasiti tempat duduk terhad di venue tertentu dan untuk mengawal kehadiran penonton serta memastikan keselamatan selain memberi keselesaan kepada penonton di venue pertandingan.

Kenyataan itu berkata, walaupun beberapa acara memerlukan orang ramai membeli tiket, tetapi penonton masih boleh menyaksikan kelompok acara sukan lain secara percuma.

Acara sukan itu ialah akuatik, memanah, boling, tinju, kriket, lumba basikal, ekuestrian, lawan pedang, golf, hoki, hoki ais, luncur ais, judo, boling ladang, petanque, perahu layar, menembak skuasy, ping pong, tenis, triathlon, bola tampar, ski air dan papan luncur, angkat berat dan wusyu.

Masoc berkata, tiket akan dijual sehingga temasya sukan itu berakhir atau tiket telah habis dijual.

Orang ramai boleh membeli tiket secara atas talian di laman web rasmi Sukan Sea

www.kualalumpur2017.com.my atau di stor-stor terletak di venue masing-masing bagi setiap perlawanan.-Bernama

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next