Selangorkini
SELANGOR

Berhujahlah dengan fakta, bukan kekerasan – MB

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 14 OGOS: Kekecohan di Program Nothing To Hide 2.0 (NTH2.0) tidak akan tercetus sekiranya semua bersikap terbuka dan menerima pandangan masing-masing.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, mereka yang tidak bersetuju dengan pandangan dan penjelasan Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya berhujah dengan fakta.

Katanya, amalan itu juga selaras dengan prinsip demokrasi yang sepatutnya diraikan secara matang.

IMG_20170814_144350“Jika kamu tidak bersetuju dengan Tun Mahathir, tidak mengapa tetapi jawablah dengan fakta juga.

“Inilah masalahnya jika kamu tidak boleh terima pandangan orang dan fikir pandangan kamu sahaja betul, saya rasa itu tidak adil,” katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui sejurus selesai Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan dan Pelancaran Kempen Jalur Gemilang Peringkat Selangor 2017, di sini, hari ini.

Selain menyerahkan bendera kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Daerah dan Tanah, Mohamed Azmin turut menyempurnakan upacara Pelepasan Konvoi (flag off) Jalur Gemilang yang disertai 55 kereta mini klasik.

Semalam, NTH2.0 yang diadakan di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Shah Alam, bertukar kecoh ketika Tun Mahathir menjawab soalan mengenai tragedi Memali di Baling pada September 1985, semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

CP2A1678-1024x682Terdapat individu mula membaling kasut, kerusi dan botol air sebelum menyalakan suar serta melontar ke arah pentas di mana Tun Mahathir berdiri.

Dewan Raja Muda Musa kemudiannya dipenuhi asap dan insiden tumbuk-menumbuk dikatakan berlaku ketika ahli PPBM meluru ke atas pentas untuk melindungi tokoh negara berusia 92 tahun itu.

Polis mengesahkan tiga suspek berusia 17 hingga 19 tahun, termasuk dua pelajar kolej swasta ditahan bagi membantu siasatan.


Pengarang :

Related posts

100 karya seni dipamer di Segaris Art Center

Mohd Ezli Mashut

Perbaharui lesen anjing secara online, patuhi prosedur

Mohd Ezli Mashut

Kempen GEMPUR tingkat kesedaran perangi rasuah

Mohd Ezli Mashut