Selangorkini
SUKANKINI

Bola Jaring: Malaysia tumpaskan musuh tradisi Singapura

KUALA LUMPUR 20 OGOS: Malaysia berjaya menumpaskan musuh tradisi Singapura pada perlawanan akhir bola jaring Sukan SEA KL 2017 yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Malaysia menang dengan mata akhir 65-41 hasil jaringan konsisten penjaring berbisa An Najwa Azizan dan Norashikin Kamalzaman, lapor ASTRO AWANI.

Skuad negara tidak memberi peluang kepada Singapura untuk mengatasi mereka dalam keempat-empat suku.

Pertemuan dua musuh ketat di pentas akhir itu bagaikan ulangan dan Malaysia tidak mensia-siakan peluang terbaik dalam membalas dendam sekaligus merampas emas yang ‘dipinjamkan’ kepada Singapura apabila tewas tipis 43-46 dua tahun lalu.

=EZY=


Pengarang :