Selangorkini
GLOBAL

Brexit: Britain sedia bayar RM201 bilion

GLOBAL 6 OGOS: Britain bersiap sedia untuk membayar sehingga 40 bilion euro (RM201 bilion) sebagai ‘Brexit divorce bill’ untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU).

Portal The Telegraph melaporkan walau bagaimanapun, UK hanya akan bersetuju untuk membayar jumlah € 40 bilion jika EU bersetuju untuk merundingkan penyelesaian kewangan sebagai sebahagian daripada perjanjian pada hubungan masa depan, termasuk perjanjian perdagangan.

Terdapat sumber berasingan di Whitehall dan Kerajaan UK dengan pengetahuan tentang strategi perundingan UK mengesahkan angka itu, menolak laporan sebelumnya yang Theresa May akan setuju dengan jumlah £ 50bn sebagai “terlalu tinggi”.

brexit (1)Akhbar itu memetik tiga sumber yang dekat dengan strategi rundingan Britain melaporkan EU melancarkan 60 bilion euro (RM302 bilion) dan mahu perubahan ketara penyelesaian liabiliti Britain sebelum perbincangan dapat dimulakan terutama membabit isu-isu rumit seperti rundingan perdagangan masa depan.

Jabatan kerajaan yang bertanggungjawab untuk perbincangan Brexit enggan mengulas berhubung laporan Sunday Telegraph.

Setakat ini, Britain tidak memberikan sebarang petunjuk rasmi berhubung jumlah yang dipersetujui untuk dibayar.

“Kami sedar EU meletakkan 60 bilion euro (RM302 bilion) tetapi paras bawah sebenarnya adalah 50 bilion euro (RM252 bilion). Angka kami dekat dengan 30 bilion euro (RM151 bilion) tetapi angka sebenar berada pada 40 bilion (RM201 bilion), walaupun masih belum diketahui ramai orang awam dan ahli politik,” kata sumber seorang pegawai kanan Whitehall.

Whitehall yang terletak di dalam wilayah London menempatkan kakitangan kerajaan dan menteri.

=EZY=


Pengarang :