Selangorkini
SUKANKINI

Bront Palarae jadi Pengulas Final Bola Sukan Sea?

SHAH ALAM 27 OGOS: Lebih 25,000 pengguna media sosial mencadangkan Bront Palarae dilantik sebagai pengulas bola sepak pada perlawanan akhir skuad Malaysia menentang Thailand, Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017) pada 29 Ogos nanti.

Perkara itu dinyatakan pengguna media sosial Twitter ekoran keberkesanan lakonan Bront Palarae apabila memegang watak sebagai pengulas sukan dalam filem Ola Bola tahun lalu.

“Kami mahu @Bront_Palarae menjadi pengulas final Sukan SEA. Please make it happen @Khairykj,” tulisnya.

Sehingga kini, Tweet itu telah pun mendapat hampir 25,000 ulang Tweet yang rata-rata menyokong cadangan itu.

21105428_10155660803769185_4206036389447102961_nMalah cadangan itu turut mendapat sokongan pelakon Sharifah Amani.

Sementara itu, Bront ketika dihubungi Mstar Online menganggap cadangan itu sekadar pandangan rakyat Malaysia dan mengambilnya sebagai satu pujian.

Bagaimanapun kata Bront, dia tidak merasakan dirinya layak menggalas peranan itu kerana masih ramai pengulas sukan berpengalaman dan berkaliber untuk melakukan tugas itu.

Bront yang kini berada di San Fransisco, memberitahu dia baharu sahaja selesai menjalani kursus pendek selama dua minggu dalam bidang keusahawanan di Universiti Stanford, Amerika Syarikat.

Pada Sabtu, skuad Malaysia Bawah 22 Tahun (B22) mara ke perlawanan akhir bagi menentang Thailand di Stadium Shah Alam selepas menumpaskan Indonesia, 1-0.
=EZY=


Pengarang :