EKONOMI NASIONAL

Bursa Malaysia ditutup tinggi

KUALA LUMPUR, 31 OGOS: Bursa Malaysia kembali tinggi, hari ini dengan indeks mencecah paras tertinggi harian atau 0.68 peratus selepas muncul sokongan belian dalam dagangan lewat selepas sesi dagangan turun naik di sepanjang hari.

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 12.02 mata lebih tinggi kepada 1,773.16 selepas bergerak antara 1,757.89 dan 1,773.16 di sepanjang hari.

Indeks dibuka 2.55 mata lebih rendah pada 1,758.57 berbanding 1,761.14 pada penutupan semalam.

Kedudukan pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 480 berbanding 375, manakala 350 kaunter tidak berubah, 634 tidak diniagakan manakala 46 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1.83 bilion unit bernilai RM2.21 bilion berbanding 1.45 bilion unit bernilai RM1.83 bilion pada Selasa.

Naib Presiden/Ketua Penyelidik Runcit Affin Hwang Investment Bank Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata pasaran kembali tenang selepas ketegangan geopolitik kembali reda.

Kaunter berkaitan indeks yang diketuai CIMB, meningkat 38 sen kepada RM7.08, MISC menambah 19 sen kepada RM7.44 dan Axiata menokok lapan sen kepada RM4.93.

bursaMaybank tidak berubah pada RM9.46. Tenaga susut dua sen kepada RM14.28.

Bagi kaunter aktif, Huaan menambah 11.5 sen kepada 15.5 sen, CSL menokok setengah sen kepada empat sen, Compugt susut setengah sen kepada 2.5 sen manakala MLAb turun 1.5 sen kepada 18.5 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 81.30 mata kepada 12,610.07, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 46.68 mata kepada 12,749.09 manakala Indeks FBMT100 menokok 84.09 mata kepada 12,281.66.

FBM 70 meningkat 106.26 mata kepada 15,059.84 dan FBM Ace mencatat 97.43 mata lebih baik kepada 6,612.74.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan menambah 12.56 mata kepada 7,848.46, Indeks Kewangan melonjak 187.88 mata kepada 16,772.31 dan Indeks Perusahaan menokok 17.49 mata kepada 3,201.14.

Jumlahd agangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.25 bilion saham bernilai RM2.10 bilion berbanding 888.69 juta saham bernilai RM1.71 bilion semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 424.62 juta unit bernilai RM87 juta berbanding 402.40 juta unit bernilai RM96.42 juta pada Selasa.

Waran susut kepada 148.80 juta saham bernilai RM18.36 juta daripada 161.25 juta saham bernilai RM23.46 juta semalam.

Barangan pengguna menyumbang sejumlah 116.15 juta saham yang diurusniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (373.20 juta), pembinaan (69.17 juta), perdagangan dan perkhidmatan (425.11 juta), teknologi (34.06 juta), infrastruktur (12.03 juta), SPAC (3.14 juta), kewangan (73.24 juta), hotel (428,700 juta), hartanah (98.96 juta), perladangan (30.0 juta), perlombongan (20,000), REIT (10.89 juta), dan dana tertutup (65,600).

Pasaran ditutup esok dan Jumaat sempena cuti umum Hari Kebangsaan dan Hari Raya Aidiladha.

Sumber: BERNAMA


Pengarang :