Dasar Peduli Rakyat ke Putrajaya jika menang PRU | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Nazli Ibrahim

Dasar Peduli Rakyat ke Putrajaya jika menang PRU

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 12 OGOS: Kerajaan Persekutuan sepatutnya sedia belajar daripada Kerajaan Selangor untuk menerapkan dasar Peduli Rakyat dalam pentadbiran di Putrajaya demi meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia secara keseluruhan.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, dasar itu akhirnya akan diangkat ke Putrajaya sekiranya Pakatan diberikan mandat pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.


“Terpulang kepada kepimpinan di Putrajaya hari ini tetapi Insha Allah kalau kita diberikan sokongan yang besar, inilah program dan dasar ekonomi yang kita laksanakan iaitu dasar peduli rakyat, berintergriti, jujur, melaksanakan tugas,” katanya.

IMG_20170811_144924Beliau berkata demikian kepada SelangorKini pada program lawatannya ke Masjid Al-I’tisam di Taman Tun Dr Ismail Jaya (TTDI Jaya) di sini, semalam.

Jelasnya, sama seperti amalan Kerajaan Negeri hari ini, pentadbiran Putrajaya di bawah Pakatan pada masa itu juga akan memastikan kekayaan negara dikembalikan kepada rakyat melalui program pembangunan dan pelbagai inisiatif dirancang.

Mohamed Azmin turut meluahkan keyakinan keyakinan pelabur untuk melabur akan dapat dipulihkan sekiranya pentadbiran kerajaan diuruskan dengan penuh kebertanggungjawaban dan berintergriti.

“Apabila aktiviti ekonomi berjalan rancak dan mampan maka pertumbuhan itu terus menjana suasana persekitaran ekonomi yang cukup kondusif dan pertumbuhan ini menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memulangkan kekayaan ini kepada rakyat dengan bertanggungjawab, berintergriti melalui program pembangunan dan inisiatif ,” katanya lagi.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next