Selangorkini
SUKANKINI

Debaran kian memuncak perlawanan bola sepak Malaysia – Indonesia

SHAH ALAM 26 OGOS: Debaran perhitungan Malaysia dan Indonesia semakin mendebarkan pada aksi separuh akhir bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) malam ini di Stadium Shah Alam.

Pertemuan klasik skuad Projek KL2017 bimbingan Datuk Ong Kim Swee serta skuad bawah 23 tahun (B-23) Indonesia, Bima Sakti itu menjanjikan pertembungan penuh bermakna dan panas’ di padang dan dalam kalangan para penyokong kedua-dua pasukan.

Ia berikutan isu bendera Indonesia yang dicetak terbalik dalam buku cenderamata KL2017 yang belum reda biarpun Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sudah memohon maaf.

Bagaimanapun, Kim Swee enggan terganggu dengan insiden tersebut sebaliknya mahu fokus untuk membawa skuad muda negara melangkah ke final.

“Saya percaya kedua-dua pasukan berada pada tahap yang baik dan mahu fokus kepada aksi esok (hari ini). Diharapkan tidak berlaku gangguan dan perlawanan berjalan dengan aman,” katanya.

Satu lagi aksi separuh akhir menemukan juara bertahan, Thailand dan
Myanmar di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada jam 4 petang.

=EZY=


Pengarang :