Enam tahun berturut pertumbuhan KDNK Selangor atasi persekutuan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Nurul Farina Nazlan

Norway

Wartawan

Nazli Ibrahim

Enam tahun berturut pertumbuhan KDNK Selangor atasi persekutuan

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 12 OGOS: Selangor bukan sahaja mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang memberangsangkan, malahan berjaya mengatasi pertumbuhan di peringkat Persekutuan bagi enam tahun berturut-turut, di antara 2012 hingga 2017.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, peningkatan pertumbuhan KDNK itu ekoran peningkatan keyakinan pelabur terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri berbanding Persekutuan.


“Pertumbuhan yang baik ini ada kaitan langsung dengan pentadbiran negeri hari ini yang mempertahankan prinsip kebertanggungjawaban, intergriti, melawan dan menolak amalan rasuah juga salah guna kuasa yang akan memberi keyakinan kepada pelabur dalam dan luar negara,” katanya.

AZMINMohamed Azmin berkata demikian kepada SelangorKini pada program lawatannya di Masjid Al-I’tisam di Taman Tun Dr Ismail Jaya (TTDI Jaya) di sini, semalam.

Beliau berkata, peningkatan pelaburan di Selangor bukan sahaja membantu Kerajaan Negeri mempertahankan dan menjana ekonomi tetapi turut memberi peluang kepada anak Selangor mendapat peluang pekerjaan, sekali gus membantu keluarga masing-masing berhadapan dengan tekanan dengan kos sara hidup yang tinggi.

Terdahulu, menurut laporan Jabatan Perangkaan Negara, dari 2012 hingga 2015 menunjukkan Selangor mencatatkan pertumbuhan KDNK mengatasi Kerajaan Persekutuan untuk empat tahun berturut-turut.

Pada 2012, Selangor mencatatkan pertumbuhan 7.1 peratus, berbanding Persekutuan 5.6 peratus sementara 2013 pula Selangor (5.8%, Persekutuan 4.7%) dan 2014 Selangor berada pada 6.7 peratus (Persekutuan 6%) selain 2015 iaitu Selangor mencatat pertumbuhan 5.7 peratus (Persekutuan 5%).

Sementara itu, pertumbuhan KDNK Selangor bagi tahun 2016 dan 2017 dianggarkan masing-masing sebanyak 5.5 peratus berbanding Persekutuan iaitu empat peratus pada 2016 serta 4.9 peratus, tahun ini

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next