Selangorkini
PBT SELANGOR

Endurance Ride 2017 pikat peserta antarabangsa

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 8 OGOS: Pertandingan berbasikal Shah Alam International Enduride (Endurance Ride 2017), baru-baru ini berjaya menarik penyertaan 1,600 peserta dalam dan luar negara.

Acara pelepasan (flag off) diadakan di Pejabat Cawangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Setia Alam oleh Timbalan Datuk Bandar, Shukri Mohamad Hamin.

Antara pemenang bagi kategori dipertandingkan adalah Lelaki Terbuka Endu RIDE dimenangi Tan Poh Loong dari Malaysia, Amir Farid Shukri (kedua) dan Shiraj Amir Nor Rashid (ketiga).

Kategori Lelaki Master Endu RIDE dimenangi David MacGilllivray dari United Kingdom, Abdul Rahaim Rafik dari Singapura (kedua) dan Lum Kok Hing dari Malaysia (ketiga).

Kategori Wanita Terbuka Endu RACE dimenangi Nurul Alissa Mohamad Azman, Sharifah Nur Ilyana (kedua) dan Noor Azian Alias (ketiga), masing-masing dari Malaysia.

Manakala kategori Lelaki Master Endu RACE dimenangi Tsen Seong Hoong dari Malaysia di tempat pertama, Nishihama Masanori dari Jepun di tempat kedua dan Shaharin Razali dari Malaysia di tempat ketiga.

Program kali ketiga itu mendapat kerjasama Bike Away dan ditaja INFINITI, N8 ENERGY GEL, SUN PLAY, 100PLUS F&N Baverages.

Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) turut memberi bantuan menjayakan program itu.

IMG_6356


Pengarang :