Selangorkini
EKONOMI

Harga minyak dunia naik dipacu unjuran penyusutan bekalan

SINGAPURA 22 OGOS: Harga minyak naik dalam awal dagangan hari ini, didorong petunjuk pengurangan bekalan akan berlaku secara berperingkat, terutama di Amerika Syarikat (AS).

Niaga hadapan minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa bagi harga minyak, berada pada AS$51.78 setong pada 0026 GMT, naik 12 cents daripada penutup sebelumnya, lapor REUTERS.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS berada pada AS$47.52 setong, naik 15 cents.

“Stok minyak mentah AS mengalami penyusutan sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

“Jika aliran menurun dalam inventori minyak kekal, harga minyak akan naik terutama disebabkan penawaran yang terbatas daripada anggota OPEC dan Russia,” kata Fawad Razaqzada, penganalisis pasaran di Forex.com.

Inventori minyak mentah komersial AS susut hampir 13 peratus daripada paras kemuncaknya pada Mac, kepada 466.5 juta tong.

Meskipun pengeluaran minyak mentah AS merosot 9.5 juta tong sehari, tertinggi sejak Julai 2015, penganalisis menjangkakan pertumbuhan itu akan perlahan apabila firma tenaga AS mengurangkan jumlah penggerudian minyak baharu.

=EZY=


Pengarang :