Selangorkini
EKONOMI

Harga minyak mentah dunia catat aliran menurun

TOKYO 9 OGOS: Harga minyak mentah turun untuk hari ketiga dalam dagangan Asia dengan penanda aras Brent susut 21 cent, atau 0.4 peratus, pada AS$51.93 satu tong pada 0027 GMT.

Dalam sesi sebelumnya, ia ditutup 0.4 peratus lebih rendah. Minyak mentah Amerika Syarikat (AS) turun 15 cent, atau 0.3 peratus, pada AS$49.02 satu tong, selepas susut 0.4 peratus dalam sesi sebelumnya, lapor REUTERS.

Simpanan minyak mentah AS susut lebih banyak daripada jangkaan minggu lalu berikutan penyusutan import, manakala inventori meningkat dengan tidak dijangka, demikian menurut data Institut Petroleum Amerika (API).

Inventori minyak mentah susut sebanyak 7.8 juta tong dalam minggu dikaji kepada 478.4 juta berbanding, jangkaan penurunan 2.7 juta tong yang dibuat penganalisis.

Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) AS akan mengeluarkan laporan mingguan berhubung status petroleum pada 1430 GMT hari ini.

=EZY=


Pengarang :