Selangorkini
EKONOMI

Indeks eksport merosot 0.8% pada Jun 2017

SHAH ALAM 5 OGOS: Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan indeks nilai seunit eksport merosot 0.8 peratus kepada 111.6 mata berasaskan bulan ke bulan, pada Jun 2017.

Ini disumbangkan oleh bahan mentah tidak boleh dimakan (-4.3%), minyak galian (-2.6%) dan minyak & lemak binatang & sayur-sayuran (-2.0%).

Sementara itu, indeks volum eksport turut jatuh 7.2% kepada 123.1 mata yang disebabkan oleh bahan mentah tidak boleh dimakan (-20.0%), barang-barang keluaran kilang (-10.9%) dan pelbagai barang keluaran kilang (10.1%).

Bagi data pelarasan musim, indeks volum eksport merekodkan penurunan sebanyak 8.3%.

Berbanding tahun sebelumnya, indeks nilai seunit eksport dan indeks volum eksport masing-masing mencatatkan kejatuhan sebanyak 7.5% dan 2.3%.
Export growth likely to remain lethargic this quarterManakala Pada Jun 2017, indeks nilai seunit import mencatatkan kejatuhan sebanyak 0.7% kepada 114.6 mata yang disumbangkan oleh bahan mentah tidak boleh dimakan (-4.1%), minyak galian (-2.3%) dan alat jentera & kelengkapan pengangkutan (-0.5%).

Sementara itu, indeks volum import turut menurun 14.0% kepada 125.2 mata. Penurunan ini disumbangkan oleh minyak galian (-30.3%) diikuti oleh minyak & lemak binatang & sayur-sayuran (-20.0%) dan bahan kimia(17.1%).

Bagi data pelarasan musim, indeks volum import jatuh 13.7%.

Berasaskan tahun ke tahun, indeks nilai seunit import mencatatkan peningkatan 6.2%. Sebaliknya, indeks volum import turun 2.3%.

Terma perdagangan Malaysia merekodkan penurunan 0.2% kepada 97.3 mata berbanding Mei 2017. Sementara itu, peningkatan sebanyak 1.2% dicatatkan tahun ke tahun.

=EZY=


Pengarang :