Selangorkini
KENYATAAN MEDIA

Insentif RM5,000: Apa perlunya Geran Hak Milik?

OLEH MAZLAN ALIMAN

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) dihubungi ramai peneroka Felda dan waris/pentadbir kebun, yang ragu dan keliru dengan arahan Felda, agar melengkapkan semua dokumen termasuk menyertakan geran hak milik kebun dan rumah.

Ia antara syarat bagi membolehkan mereka layak mendapatkan insentif RM5,000 seperti di umumkan Perdana Menteri.

ANAK mohon penjelasan Pengarah Besar Felda, mengapa dokumen penting seperti Hak Milik diperlukan, walhal ketika durian runtuh RM15,000 sebelum PRU 13, dokumen yang sama diserahkan kepada Felda.

MAZLAN ALIMANJika rekod dan maklumat peneroka telah sedia ada samada di Ibu Pejabat Felda maupun Felda di peringkat rancangan(seperti diminta sebelum ini), apa perlunya di beri lagi?

Di saat Felda bermasalah, pemberian dokumen dan salinan hak milik tanpa alasan kukuh, tentu sekali menimbulkan kebimbangan. Ia boleh terdedah kepada manipulasi, yang akhirnya menjerat peneroka.

Seperti mana durian runtuh RM15,000, yang kemudiannya mendedahkan RM1.7 Bilion(RM15,000×112,635 peneroka) datangnya dari penyenaraian FGV di Bursa Malaysia; ANAK yakin pemberian RM5,000, itu datangnya dari duit peneroka sendiri!

feldaANAK menyokong peneroka Felda mengambil wang RM5,000 berkenaan, kerana ia hak peneroka.

Namun, jangan sesekali mengikat diri/berAku Janji bagi memenangkan Kerajaan yang korup dalam PRU 14 ini.

Harga diri peneroka dan warga Felda umumnya, tidak semurah dedak yang ditabur; sebaliknya Kerajaan baru yang dipilih, mestilah membawa agenda perubahan bagi mengembalikan Felda diatas landasan yang betul.

* Mazlan Aliman adalah Presiden ANAK


Pengarang :